Friday, November 5, 2010

banjir di changlun 2010

Banjir yang melanda Changlun pada 1/11/2010 telah meninggalkan banyak kenangan. Pada 2005 semasa banjir besar yang melanda Kedah kebetulan kami sekeluarga tidak berada di rumah kerana bercuti di Saratok, sarawak.
Pada pagi kejadian, seperti biasa pergi bekerja semua warga Tmn Sayang dan tidak terkecuali kami suami isteri. Saya bercadang untuk menyiapkan tugasan I-NILAM yang masih berbaki sedikit. Pukul 10 pagi jiran, Tn Hj Zali datang ke sekolah menjemput isterinya balik sempat memaklumkan keadaan di taman perumahan kami. Dia menasihati kami supaya balik kerana air sungai sudah melimpah. Tanpa membuang masa kami minta kebenaran untuk balik. Saya tidak terus balik ke rumah kerana menghantar borang asrama anak ke SMK Hosba. Sekitar 11 pagi saya sampai ke persimpangan taman perumahan kami, kelihatan air menerjah dengan derasnya dari arah hadapan lorong 4. Kereta saya belokkkan ke arah surau dan saya berjalan ke rumah. ketika itu paras air mencecah lutut. Dengan debaran yang makin kuat saya terus melangkah lalju ke rumah.
Keadaan dalam rumah agak berterabur sebab anak-anak yang tinggal tidak tahu nak alihkan barang ke mana. Atas almari sudah penuh. sesudahnya kami tawakal dan berdoa dan pada kira-kira pukul 2 petang kami tinggalkan rumah dan berkumpul di surau menunggu bantuan.
Di surau anak-anak kecil ada yang menangis ketakutan, orang tua merenung jauh memerhatikan rumah masing-masing yang makin lama makin dinaiki air.
Truck polis sampai dan kami dipindahkan ke pusat penempatan banjir di sekolah tempat saya bertugas. Pada petang itu banyak kampung dan pempatan telah dilanda banjir. Semua mangsa yang ditempatkan di situ seramai 1018 orang. Mujur ada bantuan dari anak-anak pelajar UUM bertindak sebagai tenaga sukarela menguruskan penempatan mangsa. Saya pada malam itu bertugas bersama dengan mereka. kami hanya sempat makan biskut kering dengan air kopi hitam yang pekat, tapi nikmatnya hanya Allah saja yang tahu. Bila kita berada dalam keaadaan yang susah baru kita menghargai nikmat sesuatu.
Kepada mangsa banjir bersabarlah kerana mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang menimpa kita.

Saturday, October 16, 2010

Avon lipsticks - special offer at B Beauty Changlun

Avon Lipsticks buy 2 free 1 at B Beauty Enterprise, Changlun. Hurry Up while stock last.

Wednesday, September 15, 2010

BUKU UNTUK DISEWA

Pengemar buku cerita Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Jika anda minat membaca buku, kami menawarkan pelbagai jenis buku bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Novel bestseller: Julie Garwood, Judith McNaught, Sidney Sheldon, Danielle Steele, Lisa Kleypas, Nicholas Sparks dan ramai lagi.
Novelis Melayu: Norhayati Berahim, Anis Ayuni, Damya Hanna, Sharifah Abu Salem dan ramai lagi.

Daftarlah jadi ahli "Aisyah Reading Club" dengan hanya RM5.00 yuran pendaftaran ahli dikenakan. Deposit bergantung pada harga buku dan sewa dari RM2.00 hingga RM4.00 untuk 4 hari.

Datanglah ke Kedai Kasut Rorine di pekan Changlun untuk dapatkan keterangan lebih lanjut.
Masyarakat membaca masyarakat yang berilmu.
Membaca membuka minda.

Tuesday, July 20, 2010

Modern Love Letter (Dr Noraini MBI Course - IPGDA)

Dearest Eve,

I am very happy to inform you that i have fallen in love with you since Sunday, the 17th of February 2010.
With reference to the meeting held between us on the 17th February 2010 at 1500 hours, i would like to present myself as a prospective lover. Our love affair would be on probation for a period of no less than three months and depending on compatibility, would be made permanent.

Of course, upon completion of probation, there will be continuous relationship training and relationship appraisal schemes leading up to promotion from lover to spouse. The expenses incurred for coffee and entertainment would initially be shared equally between us. Later, based on your performance, i might take up a larger share of the expense account.

I request you to kindly respond within 30 days of receiving this letter, failing which, this offer would be cancelled without further notice and i shall consider someone else. I would be happy, if you could forward this letter to your sister, if you do not wish to take up this offer.

Thanking you in anticipation.

Yours sincerely,
Alex

B BEAUTY ENTERPRISE

INGIN BERGAYA DENGAN KASUT BARU SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI? datanglah ke kedai kasut RORINE di bangunan CMart Changlun. Dapatkan kasut jenama Rorine, Caliani atau Giorgio Saintino dengan harga yang berpatutan.

Kelas membina blog

Seronoknya dapat satu lagi ilmu dalam bidang IT. Jangan berasa diri kita tua bila sampai bab belajar. Perlahan tapi biarlah kita mula dari tak mula langsung.

Selamat membina blog masing-masing kepada rakan-rakan Kohort 7 MBI di IPG Darul Aman. Kalau dah berjaya jangan lupa add kita sebagai follower. Selamat mencuba!

Wednesday, June 23, 2010

Magic. What a trick!


Mohamad Hadif sedang menunjuk bakat dalam bidang silap mata. Tak sangka berani juga masuk ke kandang yang ada buaya semata-mata nak jadi ahli silap mata.

Gambar Mohamad Hadif di Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka. Mei 2010

Magic. What a trick!

Mohamad Hadif sedang menunjuk bakat dalam bidang silap mata. Tak sangka berani juga masuk ke kandang yang ada buaya semata-mata nak jadi ahli silap mata.

Gambar Mohamad Hadif di Taman Buaya, Ayer Keroh Melaka. Mei 2010

Melaka oh Melaka. Indahnya sebuah bandaraya!


Menyusuri sungai 'River Cruise' sambil menikmati keindahan cahaya lampu sambil berbual-bual bersama rakan yang terpisah selama 14 tahun mengimbau kembali kenangan lama. Indahnya sebuah persahabatan. Moga berkekalan.
Terima kasih untuk sahabat-sahabatku; Saudara Salleh Hashim dan saudara Dzulkifli Samad.

Cuti-cuti Malaysia


Selama in kita hanya tengok dari jauh sang gajah. Kali ni lepas geram posing siap pegang gajah.
Gambar semasa lawatan ke Elephant Sanctuary di Kuala Gandah, Pahang.
Mei 2010

Tekun online i-NILAM




TQ sebab bantu buat online i-NILAM. Ni le kerja seorang guru, bukan takat ngajor dlm kelas. Moga jgn patah semangat.

TQ buat: Omar Othman, Mohd Hakimin Yaakub, Siti Noor Syazwani, Nor Shafizah, Norazeila.
(Anak-anak yang buat ROS di SMK Changlun)