Banjir yang melanda Changlun pada 1/11/2010 telah meninggalkan banyak kenangan. Pada 2005 semasa banjir besar yang melanda Kedah kebetulan kami sekeluarga tidak berada di rumah kerana bercuti di Saratok, sarawak.
Pada pagi kejadian, seperti biasa pergi bekerja semua warga Tmn Sayang dan tidak terkecuali kami suami isteri. Saya bercadang untuk menyiapkan tugasan I-NILAM yang masih berbaki sedikit. Pukul 10 pagi jiran, Tn Hj Zali datang ke sekolah menjemput isterinya balik sempat memaklumkan keadaan di taman perumahan kami. Dia menasihati kami supaya balik kerana air sungai sudah melimpah. Tanpa membuang masa kami minta kebenaran untuk balik. Saya tidak terus balik ke rumah kerana menghantar borang asrama anak ke SMK Hosba. Sekitar 11 pagi saya sampai ke persimpangan taman perumahan kami, kelihatan air menerjah dengan derasnya dari arah hadapan lorong 4. Kereta saya belokkkan ke arah surau dan saya berjalan ke rumah. ketika itu paras air mencecah lutut. Dengan debaran yang makin kuat saya terus melangkah lalju ke rumah.
Keadaan dalam rumah agak berterabur sebab anak-anak yang tinggal tidak tahu nak alihkan barang ke mana. Atas almari sudah penuh. sesudahnya kami tawakal dan berdoa dan pada kira-kira pukul 2 petang kami tinggalkan rumah dan berkumpul di surau menunggu bantuan.
Di surau anak-anak kecil ada yang menangis ketakutan, orang tua merenung jauh memerhatikan rumah masing-masing yang makin lama makin dinaiki air.
Truck polis sampai dan kami dipindahkan ke pusat penempatan banjir di sekolah tempat saya bertugas. Pada petang itu banyak kampung dan pempatan telah dilanda banjir. Semua mangsa yang ditempatkan di situ seramai 1018 orang. Mujur ada bantuan dari anak-anak pelajar UUM bertindak sebagai tenaga sukarela menguruskan penempatan mangsa. Saya pada malam itu bertugas bersama dengan mereka. kami hanya sempat makan biskut kering dengan air kopi hitam yang pekat, tapi nikmatnya hanya Allah saja yang tahu. Bila kita berada dalam keaadaan yang susah baru kita menghargai nikmat sesuatu.
Kepada mangsa banjir bersabarlah kerana mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian yang menimpa kita.