Wednesday, May 23, 2012

Elephant ride - Kuala Gandah









Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi...apa kata bawa anak2 ke Kuala Gandah Pahang tempat Elephant santuary. Perkara menarik kat sana ialah kita blh naik gajah (semestinya gajah tu jinak dah)...kalau kat zoo kita tgk dari jauh je gajah..ni kita boleh sentuh terus. Siapa yg berani boleh naik..kanak2 pun boleh (org dewasa lagi best gajah akan bawa ke sungai mandi sekali dgn gajah ......hahahahaha mesti seronok tau!).

Kat tpt tu juga (berdekatan elephant santuary) ada tempat zoo persendirian. Mcm2 haiwan ada...memang best bawa anak2 ke situ. Rusa ada, arnab, ular, beruang yg jinak pun ada. Tengoklah anak2 saya ni posing dgn haiwan2 ni....yg glamour bukan takat org...haiwan pun rasa mcm selebrity.

Dentist pakai gigi palsu!


Baru2 ni saya bawa anak saya yg kecik(Haziq) pergi jumpa dentist. Sebelum masuk bilik rawatan bukan main cakap besar lagi......"Ala mama jangan le risau adik cabut gigi ni bukan sakit pun, adik tak nangis nanti." Melalui beberapa pengalaman yg lalu, selalunya dia mudah menangis, kena usik dgn kakak dia pun nangis.

Masuk je bilik rawatan, doktor kata kena inject supaya tak sakit.....tgk je jarum...mak oooiii......mana pegi hero saya yg cakap besar tadi, satu klinik boleh dengar....meraung kata tak nak cabut gigit dan ajak saya balik. pujuk punya pujuk termasuk doktor yg comel tu pujuk (jadi doktor pun kena ada skill memujuk) barulah boleh cabut gigit.

sampai di rumah....kakak dia tanya mana gigi. Baru saya teringat, kami tak mintak gigi dia kat dentist. Anak saya dgn selamba menjawab kakak dia,"dentist nak guna gigi adik buat gigi palsu dia kot?".

Sofbol SMKC 18L juara lagi.















Untuk kesekian kalinya team sofbol lelaki bawah 18 tahun dr SMK Changlun menjadi juara peringkat daerah kubang Pasu. Ramai players sekolah yg berjaya dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri dan team Kubang Pasu menjadi juara. Perlawanan peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan Mei di Terengganu. Tahniah kepada Cikgu Mohd Ridzuan Hashim and team yg telah berjaya membentuk pasukan sofbol yg begitu mantap.

Tuesday, May 22, 2012

LIMA 2011 - langkawi






Keadaan berasak-asak di jeti Kuala perlis tidak mematahkan semangat anak-anak utk mengunjungi pulau lagenda Langkawi. Sampai di langkawi, uncle Jeff sudah siap menunggu di jeti Kuah. Mak datuk ooiii.... ramainya org kat sini. kereta sewa habis, hotel habis, homestay dr di tgh pekan Kuah hinggalah ke Padang mat Sirat semua habis ditempah....mujurlah ada sepupu yg sudi menumpangkan kami anak-beranak.

Misi seterusnya ialah menonton pertunjukan udara. Bunyi deruman enjin kapal terbang rasa macam bergegar tanah...anak2 syok malah mengajak naik ke atas bukit di kawasan peninjau utk mendapat view yg lebih jelas.

Panas matahari tak terasa bila melangkah menapak kaki jauh dari tpt parking ke tpt pameran Marine. kasihan tgk mak mertua terpaksa duduk di bangku tepi bangunan kerana tak larat berjln.

Tak habis di situ, destinasi seterusnya ialah ke Gunung Mat Cincang - naik cable car.
Gayat oooiii.....anak2 yg besar naik gondola, 2 anak yg kecik ikut mama dan babah. haziq n Hannah tak nak turun kat stesyen atas....kami cuma pusing dan turun balik. Cerita lucu dlm satu gondola lagi....kak Ibey sampai duduk kat lantai gondola kerana takut...sambil semua menjerit kegayatan.

Monday, May 21, 2012

Pusat sumber SMKC

SMK Changlun merupakan sebuah sekolah menengah yang sudah agak berusia. Bangunan yang ada 1 blok pentadbiran, 4 blok kelas, 1 makmal ict, bangunan bengkel KHB dan kelas sains pertanian. 
 Pusat Sumber yang dimanfaatkan oleh semua warga sekolah merangkumi makmal sains, makmal bahasa, bilik tayang, kelas-kelas, bilik kaunseling, laluan ilmu dan semuanya dalam proses naik taraf.












Kerjasama  semua pihak secara langsung dan tidak langsung dapat membantu PSS sekolah mencapai taraf 5 bintang pada masa akan datang.

Wednesday, May 16, 2012








More pictures.... which i like best.  The angles, bokeh, light control.

wajah-wajah pendidik SMK Changlun 2012


Sambutan Hari Guru yang meriah dan santai

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, tema hari guru tahun ini. Perayaan yang disambut setiap 16 Mei setiap tahun ini memberi erti yang cukup besar pada guru-guru (pendidik) di seluruh negara. Jasa bakti guru bukan setakat hanya dari aspek akademik semata-mata malah melangkaui semua itu termasuklah membentuk akhlak dan peribadi seseorang manusia itu banyak disumbangkan oleh warga pendidik.

Terima kasih kepada pelajar pra-u yang telah bertungkus-lumus mengendalikan acara permainan yang menarik especially acara passing the slippery eel yang pertama kali dibuat di sekolah ini. Kasihan juga tengok muka cikgu2 yang ketakutan nak sentuh ikan belut tetapi tuan pengetua memang bagi 10 out of 10.

Naik motosikal paling perlahan juga tak kurang hebat, ramai puan-puan kita yang tunjuk skill control motosikal antaranya Pn. Khadijah, Pn Hasmah, Pn Hasnah masing-masing bersaing dgn guru lelaki yang akhirnya dimenangi oleh Cikgu Jamili (Jimmy Lee). Tidak kurang hebat juga acara passing belon yang berisi air, kasihan sungguh ramai rakan2 yang basah melencun bila belon pecah.

Walau apa pun ceritanya, sambutan hari guru pada tahun ini meriah walau dalam keadaan santai.
















SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU2 DI MALAYSIA.