Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua ibu2,mama2,bonda2, mummy2,emak2...apa sahaja cara panggilan yang digunakan oleh anak2 kita terhadap kita, itulah antara kata2 keramat yang hanya sesuai untuk kaum hawa sahaja. Berbahagialah bagi kita kerana kita adalah ibu kepada anak2 kita, terimalah anak kita sebagai satu kurniaan yang tidak ternilai dalam hidup kita dan jangan pula lupa mereka adalah amanah yang paling besar untuk kita. Ingatilah ibu kita yang berada jauh dari kita bukan utk satu hari sahaja tetapi sentiasa di hati kita. Sedekahkan al-fatihah untuk ibu-ibu yg sudah pergi meninggalkan kita, moga roh mereka ditempatkan di tempat yg tinggi bersama2 para syuhada para ambia....kerana pengorbanan ketika mereka melahirkan kita, membesarkan kita tidak akan terbalas dengan limpahan wang ringgit dan kekayaan.
Thank you indai, terima kasih ibu, bonda, mak,mama, umi because you are the greatest person in the world.
No comments:
Post a Comment