Keadaan berasak-asak di jeti Kuala perlis tidak mematahkan semangat anak-anak utk mengunjungi pulau lagenda Langkawi. Sampai di langkawi, uncle Jeff sudah siap menunggu di jeti Kuah. Mak datuk ooiii.... ramainya org kat sini. kereta sewa habis, hotel habis, homestay dr di tgh pekan Kuah hinggalah ke Padang mat Sirat semua habis ditempah....mujurlah ada sepupu yg sudi menumpangkan kami anak-beranak.
Misi seterusnya ialah menonton pertunjukan udara. Bunyi deruman enjin kapal terbang rasa macam bergegar tanah...anak2 syok malah mengajak naik ke atas bukit di kawasan peninjau utk mendapat view yg lebih jelas.
Panas matahari tak terasa bila melangkah menapak kaki jauh dari tpt parking ke tpt pameran Marine. kasihan tgk mak mertua terpaksa duduk di bangku tepi bangunan kerana tak larat berjln.
Tak habis di situ, destinasi seterusnya ialah ke Gunung Mat Cincang - naik cable car.
Gayat oooiii.....anak2 yg besar naik gondola, 2 anak yg kecik ikut mama dan babah. haziq n Hannah tak nak turun kat stesyen atas....kami cuma pusing dan turun balik. Cerita lucu dlm satu gondola lagi....kak Ibey sampai duduk kat lantai gondola kerana takut...sambil semua menjerit kegayatan.
No comments:
Post a Comment