Wednesday, May 9, 2012

Wang Kelian border Perlis - Thailand

Datang lagi ke sempadan Perlis - Thailand (Wang Kelian). Kali ni siap bawa anak-anak sekali. Perjalanan anggaran 45 minit dari Changlun tak terasa sangat kerana jalannya redup, kiri kanan banyak pokok-pokok yang besar. Sebaik masuk simpang dari Kaki Bukit jalannya agak curam dan berliku sampai ada ketika selekoh berbentuk V dan S.

Jalan yang sempit tidak memungkinkan memotong kenderaan yang di hadapan, maka terpaksalah follow dari belakang sebiji bas, dua buah kereta dan di belakang kami ada 6 buah kereta yang lain. lucu jugak, macam gerabak train.

Sampai di Wang Kelian terus masuk ke bahagian Thailand. Seronok tengok ramainya rakyat Malaysia yang membeli-belah di situ. Ada yang beli kuali besar, periuk dan yang paling famous ialah Toto (tilam nipis). Ada kumpulan pejuang alam sekitar rakyat tempatan dan dibantu oleh beberapa pelancong yang asyik menyanyi dan menari dan berjaya menarik perhatian pengunjung.


No comments:

Post a Comment