Bunyi deruan enjin bot yang memudiki laluan arus deras Sungai Rajang mengalih sedikit pemikiranku terhadap apa yang bakal aku tempuhi beberapa jam lagi. Menanti surat penempatan pertama seolah-olah seperti menanti satu hukuman. ke manakah aku akan ditempatkan nanti? Sabah, Sarawak yang pasti semua pensyarah mengatakan kepada kami bahawa penempatan kali ini hanya ke sana sahaja. Tawakal saja, bukankah aku dah berjanji untuk berkhidmat di mana sahaja.
Kertas penempatan aku gemggam erat, ya destinasiku adalah Kapit. 3 jam perjalan menaiki bot dari bandar Sibu. Aku memerhatikan kocakan air sungai yang sekali-sekali terlihat beberapa batang kayu balak hanyut sudah cukup membuat aku tidak senang duduk. Mintalah dijauhkan dari bala dan malapetaka, kalaulah kayu itu bertembung dengan bot dan bot karam....aku dahlah tak pandai berenang. tinggal di Changlun, Kedah mana ada sungai tempat berenang. Menyesal juga, dulu masa zaman kanak-kanak tinggal di Sanglang, tepi tali air. Di situlah rakan-rakan mencuba skill renang, kenapa aku tidak ikut sama? Kalau tidak taklah aku fobia tengok sungai seperti sekarang ini.
Dari kejauhan nampak jeti samar-samar, sampai dah ke? Alamak! Tingginya tangga jeti ni. Keluar dari bot adalah satu seksaan nombor dua selepas naik bot, sambil berjalan terhuyung-hayang kerana bot tidak stabil dipukul arus sungai. Aku gagahkan diri berjalan sambil menggalas beg. Menyesal juga bawa beg besar sebegini, kalau naik kapal terbang tak apalah, ni naik bot dan sekarang keluar dari bot nak pikul beg berat ni. Sambil terkial-kial, datanglah seorang hamba Allah yang menawarkan diri untuk mengangkat beg. Aku nampak selamba sahaja dia mengangkat beg, macam tak ada isi pulak beg aku tu. Hairan ya! Ni keturunan Badang ke? Hehehe.... Sebenarnya aku masih tension lagi. Nak pergi ke mana lepas ni?
No comments:
Post a Comment